Studentportal Ad's

Program Cakna IT Ibu Tunggal

By Senior Moderator - 01 Dec 2015        Views: 3748
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar program Master in Information Technology (CS770) akan mengadakan Program Cakna IT Ibu Tunggal.
Program ini merupakan kolaborasi bersama dengan Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan Selangor (PITIWPS). 
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan aktiviti: 
 
Tarikh : 06 Disember 2015 
Hari: Ahad Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang 
Tempat: Dewan Al-Ghazali Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Shah Alam Selangor 
 
Program Cakna IT Ibu Tunggal ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kemudahan dan kecanggihan dunia internet, keselamatan siber, kerjaya di dalam dunia IT serta pengenalan umum tentang IT yang berbentuk ‘MobileApps’ kepada para ibu-ibu tunggal khususnya di dalam Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS). 
Pendekatan utama yang dipilih melalui Program Cakna IT Ibu Tunggal #caknaIT di mana komuniti  (50 orang ibu tunggal) yang dipilih ini akan berkumpul dan belajar selok belok penggunaan aplikasi telefon pintar yang sangat luas dan pesat penggunaannya. Hal ini bertujuan supaya kaum ibu tunggal tidak ketinggalan dalam arus permodenan khususnya dalam bidang IT.
 
MDAB
Student Billboard
Hot Links
  • Follow us
Top