MAKLUMAN

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SEMESTER JULAI 2008 - NOV 2008 DIBUKA MULAI 2 JULAI 2008. TARIKH TUTUP PADA 24 OKTOBER 2008.

1.   Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
a.         Beragama Islam
b.         Pelajar UiTM sepenuh masa yang mengikuti pengajian di peringkat pra, sijil, diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Profesional.
c.         Tidak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan seperti JPA, MARA, PTPTN dan sebagainya.
d.         Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak Universiti.
e.         Pelajar hanya layak membuat sekali permohonan bagi setiap semester.

2.   Panduan permohonan secara online:
a.         Pelajar perlu memohon secara online melalui Student Portal » Login » Sistem e-HEP » Portal Bantuan Zakat.
b.         Pemohon hendaklah mencetak permohonan online yang dibuat.
c.         Pemohon hendaklah menjalani proses temuduga dengan panel yang ditetapkan dan membawa dokumen-dokumen berikut semasa temuduga dijalankan.

i.          Borang permohonan online yang telah dicetak
ii.         Salinan Kad Pengenalan
iii.        Salinan Kad Pelajar atau salinan surat tawaran bagi pelajar baru
iv.        Salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan atau penyata pencen ibu/bapa/penjaga
v.         Salinan slip bank bayaran yuran atau bil yuran pengajian
vi.        Salinan muka hadapan buku akaun simpanan (Bank Islam / Affinbank / Bank Simpanan Nasional sahaja)
vii.       Salinan surat perakuan kematian (jika berkaitan)
viii.      Salinan slip pendaftaran subjek (bagi pelajar semester 7 dan ke atas)
ix.        Senarai nama adik beradik yang telah dicetak di dalam     permohonan online

d.         Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan online yang dicetak dan dokumen-dokumen di atas ke Unit Pengurusan Zakat, Sedekah dan Wakaf, Aras 2, Bangunan HEP, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam setelah selesai proses temuduga.
e.         Pemohon boleh menyemak status permohonan bantuan zakat di bahagian informasi terkini Portal Bantuan Zakat.

 

Terima Kasih

Unit Zakat UiTM